FB Like Button

Khamis, 5 Januari 2012

Kenali Ilmuan Islam Yang Menyumbang Kepada Kemajuan Barat



Al Khindi
 Al Khindi (801–873); Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi, Ilmuwan Ensiklopidia, pengarang kepada 270 buku, ahli Matematik, Fizik, pakar kedoktoran, Farmasi, geografi, ahli falsafah Aran dan Yunani Kuno. Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang,
bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab — yang lebih penting lagi, dua puluh empat hasil kerja beliau yang hilang telah dijumpai kembali pada pertengahan abad ke dua puluh. Al-Khindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. 

Al-Khindi juga menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti berikut :-

  • Astronomi (16 buah)
  • Aritmetik (11 buah)
  • Geometri (32 buah)
  • Perubatan (22 buah)
  • Fizik (12 buah)
  • Falsafah (22 buah)
  • Logik (sembilan buah)
  • Psikologi (5 buah)
  • Muzik (tujuh buah)

Selain itu, Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya.

Ibnu Sina

Ibnu Sina (wafat pada tahun 1037); Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran. Ilmuwan Ensiklopedia, doktor, pakar psikologi, dan juga penulis kaedah perubatan moden (yang telah digunakan sebagai rujukan kedoktoran barat), Penulis buku tentang fungsi organ tubuh, meneliti penyakit TBC, Diabetes dan penyakit yang disebabkan oleh kesan mental. 

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Ibnu Rusydi

Ibnu Rusydi ; atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126 dan meninggal dunia 1198). Dikenali oleh Barat sebagai Averusy; Ahli Fizik, pakar bahasa, dan ahli Falsafah Yunani kuno perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains. Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Nizam Al Mulk

Nizam Al Mulk (wafat pada tahun 1067); Merupakan pengasas penubuhan universiti moden pertama di dunia yang dikenali sebagai Nizamiyyah yang kemudian sistem dan caranya ditiru oleh universiti Oxford.
Al Jahiz

Al Jahiz (wafat pada tahun 869); Penulis dan Pengkaji Ilmu berkaitan Haiwan (zoologi) yang pertama.


Mereka semua hanyalah segelintir dari barisan-barisan Tokoh Ilmuan Islam yang terkenal, dan kehebatan Ilmu mereka yang hebat telah menjadi sumber rujukan oleh pakar-pakar seluruh pelusuk dunia terutamanya dari barat, dan kesan daripada idea dan ilmu pengetahuan mereka telah berjaya mengubah tamadun manusia hingga ke hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...