FB Like Button

Khamis, 5 Januari 2012

Kelebihan Surah Yaasin






Kelebihan Surah Yaasin:

Ayat 1 - 9  : Untuk keselamatan diri

Ayat 9
 : Orang yang berniat jahat tidak dapat melihat kita terutamanya orang kafir.

Ayat 12
 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35
 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23
 : Untuk menjaga aqidah diri dan hidayah kepada anak.

Ayat 29
- Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut dan juga untuk digunakan jika kita rasa ada orang berniat untuk fitnah atau aniaya kita. Lebih baik selepas baca di semburkan ke muka.

Ayat 30
 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (sentiasa berada dihati dan beramal dengannya).

Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35
 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36
 : Menerangkan kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37
 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38
 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39
 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40
 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41
 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44
 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48
 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49
 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50
 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58
 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76
 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79
 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Maksud ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?".

Ayat 79
 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82
 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100 kali .
Dibaca pada air
dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis, ulang bacaan tersebut.

Caranya: Sembahyang Tahajjud (3 kali) berturut-turut kemudian baca pada air 100 kali  & berdoa hajat.

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

 

Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7 kali
4. Ayat 38 - 12 kali
5. Ayat 58 - 7 kali
6. Ayat 82 - 14 kali
7. Habis, diulang semula langkah 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3 kali.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dengan berkat Allah ianya termakbul.

 
Wallahu 'alam bish'shawabi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...